Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

Posted on

Bagi masyarakat Melayu ikan bilis memang tidak asing lagi, kerana ikan ini sangat digemari untuk bumbu dalam masakan. Sering kita bisa menambahkan ikan bilis sebagai perencah atau digoreng dan dibuat sambal ikan bilis yang sedap. Ikan bilis memiliki banyak vitamin A yang memainkan peran penting dalam pertumbuhan tulang, penglihatan mata, pembiakan sel dan pembahagian sel. Banyak sekali kalsium didalam ikan bilis selain daripada vitamin A, yang mana 100 gram ikan bilis boleh menyediakan 147 mg kalsium yang memang berguna untuk pembangunan tulang dan gigi yang sihat. Pembentukan tulang dan gigi sangat penting untuk kanak-kanak kita, jadi anda boleh memasak banyak-banyak ikan bilis.

Resepi nasi goreng ikan bilis

Resepi nasi goreng ikan masin yang sudah saya kongsikan semalam boleh anda nak tengok di menu “nasi” pada panel navigasi diatas. Selain daripada nak buat resepi nasi goreng ikan masin saya pagi ni mahu berkongsi resepi nasi goreng ikan bilis yang bisa menambah vitamin A dan Kalsium untuk kesihatan tulang. Resipi nasi goreng sangat sesuai untuk dimakan apabila anda berehat di rumah, apabila anda mempunyai sisa nasi yang telah berlalu semalaman anda boleh membuat nasi goreng supaya tidak mubazir nasi yang berlebihan yang anda buat. Membuat nasi goreng ikan bilis memerlukan bahan tambahan seperti kobis, mustard, wortel, telur, dan ayam untuk menambah rasa yang lazat. Plus jika anda mempunyai sambal pedas yang sangat sesuai untuk hidangan tambahan. Kemudian anda juga boleh menyediakan keropok tambahan untuk rasa yang boleh dimakan supaya nasi goreng tidak kalah dengan resipi nasi lain.

Bahan-bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih (dileraikan)
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (boleh tambah 10 jika suka pedas)
  • segenggam ikan bilis (seperuh tumbuk kasar)
  • 2 biji telur
  • sayur-sayuran hijau 1 ikat
  • sayur kobis/kacang panjang
  • garam secukupnya rasa

Tambahan:

  • 1 batang karot/wortel (goreng seperuh masak0
  • 1 potong dada ayam dicincang kasar (goreng)
  • 4 sosej sapi

Cara-cara memasak nasi goreng ikan bilis:

  1. Tumbuk bawang merah dan putih bersama dengan cili-cili yang telah disediakan, sehingga hancur dan lembut.
  2. Separuh ikan bilis juga di tumbuk sehingga lembut, ketepikan.
  3. Potong-potong sosej dan karot menjadi dadu. ketepikan.
  4. Potong dan hiris kobis, kacang panjang, sayuran hijau, ketepikan.
  5. Panaskan minyak dan tumis bumbu tumbuk sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan kacang panjang, kobis, sayur-sayuran hijau dan kacau selama beberapa saat.
  6. Tambahkan ikan bilis separuh dari sisa yang sudah ditumbuk lembut, kedalam kuali leper. Goreng seketika.
  7. Ketepikan bahan lalu pecahkan telur seperuh masak, dan kacau rata.
  8. Kemudian masukkan pula nasi putih, sosej, ayam goreng, karot goreng, kacau sehingga rata.
  9. Taburkan garam dan kacau lagi, periksa rasa dan apabila ia sesuai, matikan api.
  10. Taburkan bawang merah goreng dan daun sup yang dihiris.

Resipi membuat nasi goreng selesai, ini adalah resipi yang telah kami usahakan dari pelbagai resipi yang sudah ada di internet. Jika anda ingin mencuba resipi lain, anda boleh membuka menu preskripsi yang sudah ada pada navigasi di atas. Resipi ini hanya segelintir resipi yang wujud di ruang siber, anda boleh mencari resipi dan kreativiti lain yang ada untuk membangunkan resipi yang telah kami kongsi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *