Resepi Bubur Lambuk Pilihan Utama Berbuka Puasa, Sedap!

Posted on

Resepi bubur lambuk yang sesuai untuk berbuka puasa dan sesuai sunnah nampak sedap kalo di makan ketika ramadhan. Bukan sahaja pada bulan puasa, resipi bubur lambuk juga sesuai untuk orang yang sakit. Apabila badan tidak cukup kuat untuk makan masakan kasar, kita mesti makan hidangan lembut untuk sistem pencernaan yang lebih baik. Dah menjadi kewajipan setiap bulan buasa, bubur itu menjadi buah mulut orang. malah menjadi suatu kemestian sesetengah warga kota untuk jadikan bubur lambuk kampung baru hidangan mereka. Kalau ada tetamu datang berkunjung berbuka puasa, pasti ayat wajib yang terpacul ialah “rasalah bubur tu. itulah bubur lambuk femes kampung baru. Kena beratur dari pukul 2 tahu. kalau tidak, janganlah harap dapat!”

Resepi bubur lambuk kampung baru yang dah saya kongsikan kelmarin boleh nak tengok pada entry yang sudah. Saya juga dah cuba resepi bubur lambuk terengganu yang memanglah sedap dan nikmat. Resepi ni macam biasa saya olah mengikut apa yang ada di dapur dan apa yang sesuai untuk anak-anak.

Resepi bubur lambuk sedap untuk buka puasa

Kalau nak sedap, boleh pakai air rebusan daging bersama daging sedikit, di campurkan dengan udang kering, sedikit ikan bilis dan potongan ayam. Tapi kan tak elok di campurkan makanan darat dan laut.

Jadi kali ni saya gunakan udang kering sabah yang sungguh segar dan sedap serta di campurkan dengan serbuk ikan bilis sabah yang telah di kisar dan disimpan dalam peti sejuk. Senang nak masak, main ambil jek.

Jom tengok bagaimana nak buat bubur lambuk yang simple sangat ini. Tengok nih sangat mudah dan simple!

Bahan-bahan:

  • kacang hijau, kacang dhal, kacang tanah di rendam semalaman
  • 1 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • jagung (kalau ada)
  • sedikit halia
  • sedikit udang kering Sabah
  • 1 sudu besar ikan bilis (blend menjadi serbuk)
  • 1 sudu besar rempah sup Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma Adabi
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 3 sudu minyak zaitun untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit santan segar
  • Air yang telah ditapis
  • Beras 1 cawan
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Daun sup
  • Bawang goreng (Hiris 3 ulas bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai kekuningan)

Cara memasak:

  1. Langkah pertama ialah kisarkan bawang putih, bawang besar, halia dan udang kering.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan sehingga wangi.
  3. Kecilkan api, lalu masukkan rempah sup dan kurma yang telah dicairkan dengan sedikit air.
  4. Kacau sehingga naik bau.
  5. Masukkan air yang telah ditapis dan juga beras.
  6. Tunggu sehingga menggelegak. Masukkan kentang. Masukkan juga kekacang kacang hijau, kacang dhal, kacang tanah yang dah di rendam semalaman.
  7. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  8. Tambah air sehingga nampak beras semakin hancur dan lembut.
  9. Perasakan dengan sedikit garam bukit (kalau pakai lada sulah dan lada hitam boleh letak waktu ini).
  10. Keringkan ikut kepekatan yang disukai.
  11. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup dan lada merah.

Ia sangat mudah untuk membuat hidangan ini, anda tidak memerlukan banyak masa. Ini akan mempercepatkan kerja anda dengan pasti. Bubur ini biasanya dimakan apabila ada orang yang sakit dan ketika bulan puasa. Tetapi jangan menutup kemungkinan untuk membuat apa-apa masa jika anda mahu membuat kerana mengisi masa lapang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *